Thursday, September 17, 2009

SHOW CCEM KL 09





























Ni plak masa show untuk persidangan menteri-menteri pelajaran negara komenwel kat klcc..... bebudok seronok giler kat sana. Dala duk hotel seminggu dapat palak wat show depan gelegasi asing.......dapat gak ramai kawan kat sana....kuseri x da masalah nak berkawan ngan sesape jer. tp adatla memule jumpe mmg malu2, da lama langsung x tau malu...hehehehheheeh. best fren kuseri confim la bebudak galang maya dr p.meranti. mcm cigu diorag gak, mane pegi bersama jerrrrr hehehehehe. tak lupe gak dapat kenal ngan cigu fendi nan gigih ngan anak2 buahnye....(elok2)huhuhuhhu......sseronok dapat kenal cgu fendi dr smk undang jolobu N9. memng seronok kerja ngan KPM ni unit BSSK. terutama kerje ngan en. Sam yang sentiasa membantu serta en. irwan yang x jemu layan kerenah ktorg... thanks a lot kat diorg sume. ada peluang jemputla lagi...uol nak tau...untuk show ni jer 3 kali preview kitaorg kene wat.....kua masuk hotel je...peh memg penat tp HEPI ENDING kannnnnnnnnn.........seronok memang seronok x tekata.....

Nak g menari kat shah alam, sempena program seni setempat....

Tuesday, September 15, 2009




Ni plak masa show bulan ramadhan ni kat The Weld KL......... 5 jenis tarian...overture, inang, asli, rampaian dan zapin....best masa ni....crowd suke.


Ni gambar masa bebudak kuseri jadi pengiring pengantin kat putrajaya. atas jemputan uncle sam. tq kat uncle. ni 1st time bebudok ni iring pengantin melayu, memule nampak kekok gak tp diorang gagahkan jugak jd pengiring pengantin. yang tak bule lupe skali, akibat terlalu lama duduk tepi pelamin si Priscilla kaki krem x bule bangun bile sume da bangun....tekekek2 saya ketawa....hehehehhee

Monday, September 14, 2009

KuSERI

Kumpulan Seni Anak Mahmeri ini ditubuhkan pada tahun 2007 di Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (Asli). Kumpulan ini mempersembahkan Tarian ‘Jooh’ dari suku kaum Mahmeri iaitu salah satu kaum orang asli di Selangor. Tarian ini digarap daripada kumpulan asal yang terdiri daripada kaum ibu dan bapa suku kaum Mahmeri yang dikenali sebagai kumpulan ‘Tompoq Topoh’. Tarian ini acapkali dipersembahkan pada Majlis-majlis Keraian, Sambutan Selamat Datang kepada pelancong, Majlis Perkahwinan, dan Perayaan Hari Moyang Mahmeri.

Kumpulan ini dinaungi sepenuhnya oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan sokongan penuh daripada Guru Besar dan guru-guru yang terlibat serta kerjasama Kumpulan Tompoq Topoh dan ibu bapa murid sendiri. Hasil gabungan idea-idea tarian Jooh ini telah diolah menjadi tarian untuk pertunjukan dan pertandingan tanpa menyingkirkan langkah dan ragam tarian Jooh yang sebenar dan mempunyai maksud yang tersendiri.

Kumpulan Anak Seni Mahmeri ini juga telah mengadakan persembahan sepanjang ia ditubuhkan, malahan pada tahun 2009 Kumpulan Seni Anak Mahmeri ini telah mengambil bahagian dalam pertandingan Tarian antara Sekolah Rendah peringkat daerah dan negeri Selangor yang terbahagi kepada tarian rampaian tradisional melayu dan tarian etnik dibawah bimbingan guru mereka iaitu, Encik Mohamed Hanafi Bin Wahab yang turut di bantu oleh Cik Noor Azlinda Bt Abu dan Puan Norhalilah Abd. Rashid.