Monday, September 14, 2009

KuSERI

Kumpulan Seni Anak Mahmeri ini ditubuhkan pada tahun 2007 di Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (Asli). Kumpulan ini mempersembahkan Tarian ‘Jooh’ dari suku kaum Mahmeri iaitu salah satu kaum orang asli di Selangor. Tarian ini digarap daripada kumpulan asal yang terdiri daripada kaum ibu dan bapa suku kaum Mahmeri yang dikenali sebagai kumpulan ‘Tompoq Topoh’. Tarian ini acapkali dipersembahkan pada Majlis-majlis Keraian, Sambutan Selamat Datang kepada pelancong, Majlis Perkahwinan, dan Perayaan Hari Moyang Mahmeri.

Kumpulan ini dinaungi sepenuhnya oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan sokongan penuh daripada Guru Besar dan guru-guru yang terlibat serta kerjasama Kumpulan Tompoq Topoh dan ibu bapa murid sendiri. Hasil gabungan idea-idea tarian Jooh ini telah diolah menjadi tarian untuk pertunjukan dan pertandingan tanpa menyingkirkan langkah dan ragam tarian Jooh yang sebenar dan mempunyai maksud yang tersendiri.

Kumpulan Anak Seni Mahmeri ini juga telah mengadakan persembahan sepanjang ia ditubuhkan, malahan pada tahun 2009 Kumpulan Seni Anak Mahmeri ini telah mengambil bahagian dalam pertandingan Tarian antara Sekolah Rendah peringkat daerah dan negeri Selangor yang terbahagi kepada tarian rampaian tradisional melayu dan tarian etnik dibawah bimbingan guru mereka iaitu, Encik Mohamed Hanafi Bin Wahab yang turut di bantu oleh Cik Noor Azlinda Bt Abu dan Puan Norhalilah Abd. Rashid.

No comments:

Post a Comment